AI...Apa, Kenapa dan Impaknya

Banyak pelajar saya terutama yang sudah bekerja bertanyakan konsep AI kepada saya. Kemungkinan syarikat atau pejabat tempat mereka bekerja sedang berusaha untuk melaksanakan program AI mereka sendiri. Pertanyaan ini telah mencetuskan satu keinginan dalam jiwa saya untuk menulis mengenai AI.

Secara am, AI merupakan satu teknologi yang bakal mewarnai kehidupan manusia pada zaman depan. Teknologi ini akan menjadikan kehidupan manusia jauh berbeza nanti. Pastinya, ada pendapat yang melihat AI satu ancaman kepada manusia dan mungkin ada satu pihak lagi melihat AI membawa kebaikan kepada mereka pula. Sudah pasti ada pihak yang berkecuali lalu hanya melihat sahaja sama ada AI ini negatif atau positif.

Namun, kita harus sedar bahawa kehidupan manusia terutama di Malaysia sekarang juga sudah dipenuhi oleh AI. Penggunaan chatbot dalam perniagaan online begitu ketara lalu masyarakat kita harus sedar bahawa AI sudah mula meluaskan pengaruh mereka. Begitu juga dengan penggunaan rangkaian sosial seperti Faecbook dan Instagram yang banyak bergantung kepada AI. Sama juga dengan Lazada dan Shoppe yang bijak mengetahui keperluan pembeli selepas berurusan dengan mereka.

Ada pihak yang akan mengaitkan kemunculan AI dengan wujudnya pengangguran di dunia ini. Ya mungkin pendapat mereka itu ada kebenarannya tetapi pada masa yang sama AI turut akan mewujudkan satu bentuk ekonomi yang berbeza. Ingat lagi ketika dunia terutama Eropah dilanda kemunculan teknologi jentera yang menyebabkan banyak pihak melihat hilangnya sektor pertanian tetapi kemunculan jentera terutamanya enjin wap telah mewujudkan pelbagai bidang baharu pula.

Begitu juga dengan kemunculan Internet yang mendorong banyak pihak membuat kesimpulan perniagaan fizikal akan banyak tutup perniagaan tetapi kalau kita lihat masih banyak perniagaan seperti ini wujud dan Internet masih berjalan seperti biasa. Cuma, Internet telah membuka ruang baharu kepada ahli perniagaan untuk meneroka pasaran yang sebelum ini agak sukar untuk mereka tembusi terutamanya pasaran antarabangsa itu.

Kemungkinan minda manusia perlu berubah selaras dengan perubahan zaman. Kita bukan sahaja perlu berpandangan positif tetapi turut cuba memastikan AI ini wujud dalam kehidupan manusia dengan cara yang beretika lalu tidak menjejaskan tamadun kemanusiaan itu. Kita seharusnya mengawal AI dan bukannya AI mengawal kehidupan manusia. Kita harus menggunakan telefon bimbit untuk memudahkan komunikasi dan bukannya menggunakan telefon bimbit untuk mengetahui perkara-perkara yang tidak bersesuaian pula.


Jika pembaca berminat untuk membawa pelbagai informasi lain mengenai AI, sila emel saya atau layari www.jombm.com untuk membelinya. 



No comments:

Post a Comment

70 ribu pelajar SPM gaga mendapat sijil SPM?

  70 ribu pelajar SPM gagal memperoleh sijil SPM? Angela 70 ribu bukanlah satu angka yang kecil kerana jumlah ini boleh memenuhi beberapa...